Profil Ringkas Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu, Abdul Halim Aman

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 12:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Profil Ringkas Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu, Abdul Halim Aman

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini (25 April) mengumumkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2026.

Menurut Shamsul Azri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan cadangan pelantikan kepada baginda semalam (24 April).

Tambah beliau lagi, kerajaan menyatakan keyakinan bahawa pengalaman luas dan integriti tinggi beliau mampu memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap agenda pembanterasan rasuah negara.

Dengan pelantikan ini, Abdul Halim yang berpengalaman luas dalam sistem perundangan negara akan menggantikan Tan Sri Azam Baki yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 12 Mei.

Baca Artikel Berkaitan: Abdul Halim Aman Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Kenali Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman

  • Nama Penuh: Datuk Seri Abdul Halim bin Aman
  • Usia: 69 tahun
  • Tarikh Lahir: 10 Mac 1957
  • Tempat Lahir: Kampung Alai, Melaka 
  • Pendidikan:
    • Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM): University of Hull, United Kingdom (1996) 
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons): Universiti Malaya (1982) 

Memetik Laporan Tahunan Badan Kehakiman 2023, Abdul Halim mempunyai pengalaman luas serta rekod cemerlang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selama beberapa dekad sejak memulakan perkhidmatan pada tahun 1982.

Perkhidmatan Awal

Bagi dua dekad pertama, beliau telah memegang pelbagai jawatan di serata negara.

Berikut senarai jawatan yang disandang oleh Abd Halim Aman dari 1982 hingga 2005:

  • 1982 – Peguam Persekutuan, Jabatan Peguam Negara
  • 1983 – Majistret, Kluang, Johor
  • 1985 – Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Melaka
  • 1987 – Majistret Kanan, Muar, Johor
  • 1990 – Hakim Mahkamah Sesyen, Tawau, Sabah
  • 1992 – Hakim Mahkamah Sesyen, Sandakan, Sabah
  • 1992 – Timbalan Pendaftar, Mahkamah Persekutuan
  • 1992 – Hakim Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur
  • 1993 – Peguam Kanan Persekutuan, Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • 1994 – Hakim Mahkamah Sesyen, George Town, Pulau Pinang
  • 1995 – Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara
  • 1996 – Pegawai Pemegang Harta, Jabatan Pemegang Harta (kini Jabatan Insolvensi Malaysia)
  • 1997 – Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • 2003 – Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara
  • 2003 – Hakim Mahkamah Sesyen, Ampang, Selangor
  • 2003 – Ketua Bahagian Penyelidikan, Pejabat Ketua Hakim Negara

2005: Dilantik Sebagai Pesuruhjaya Kehakiman

Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Temerloh sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 2006.

Tidak lama kemudiannya Abdul Halim dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 11 April 2007.

Pada 2009 beliau mula berkhidmat sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (2009) dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru (2010) sebelum meneruskan tempoh perkhidmatan yang panjang di Mahkamah Tinggi Shah Alam dari tahun 2013 hingga bersara wajib pada Mac 2023.

Image from: Profil Ringkas Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu, Abdul Halim Aman

Berpengalaman luas dalam sistem perundangan negara khususnya kes-kes jenayah

Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau adalah pertuduhan rasuah terhadap bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abdul Hanan Alang Endut.

Selain itu beliau juga pernah mengendalikan kes rayuan sabitan terhadap ahli politik dan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor.

View Original Article