Program Converse 1908 Hadir Dengan 2 Model Klasik Yang Diperbaharui

Men's FashionLifestyle
11 Jun 2025 • 9:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Kasut sneakers Converse merupakan antara ikon gaya yang telah melintasi generasi dan masa. 

Jenama ini terkenal dengan reka bentuk klasik, terutamanya model Chuck Taylor All Star yang telah menjadi simbol budaya pop dan gaya hidup santai. 

image is not available

Dikenali dengan reka bentuk kanvas yang ringkas, tapak getah putih, dan logo bintang yang ikonik, Converse bukan sahaja digemari oleh peminat fesyen kasual, malah turut dikenakan oleh atlet, artis dan penggemar muzik dari pelbagai latar belakang. 

Lebih daripada sekadar kasut, Converse melambangkan ekspresi diri, kreativiti, dan kebebasan dalam bergaya.

Terbaharu, Converse muncul dengan koleksi yang diilhamkan oleh rapper, produser, dan ikon fesyen, Tyler, The Creator. 

image is not available

Tyler mengetuai kemunculan semula dua model yang telah lama dilupakan dari arkib Converse menerusi program baharu yang dipanggil ‘Converse 1908’. 

image is not available

Arkib Converse adalah mercu tanda budaya yang unik, khazanah reka bentuk, prototaip dan sampel pengeluaran yang merakam perjalanan sebuah jenama yang bukan sahaja membentuk budaya kasut moden, malah mencorakkan legasi yang kekal dalam landskap fesyen, muzik, seni dan sukan. 

Sejak penubuhannya pada 1908, arkib ini menjadi jendela kepada jiwa Converse, mencerminkan komitmen abadi terhadap inovasi dan ekspresi diri. 

Daripada siluet ikonik Chuck Taylor All Star hinggalah ke rekaan yang kurang dikenali namun tetap berpengaruh, setiap rekaan dalam arkib ini telah membentuk gaya dalam pelbagai cara, yang dijangka mahupun yang di luar dugaan. 

Naut-1 Bukan Sekadar Kasut Bot

Model pertama yang meraikan pengaruh budaya arkib Converse ialah Converse Naut-1. Sebelum Naut-1 berlayar, Converse telah pun menjejakkan kaki dalam sejarah maritim. 

image is not available

Jejak nautika jenama ini bermula sejak 1913 menerusi siluet yachting, diikuti kasut bot era 1950-an yang menjadi asas kepada Naut-1 pada awal 1970-an.

Naut-1 bukan sekadar kasut bot. Ia adalah jawapan berani kepada keperluan kehidupan di atas air, menggabungkan fungsi dengan gaya santai.

Dengan bahagian atas kanvas, lubang tali anti-karat, span berlubang untuk pengeringan pantas, serta tapak bercorak tulang herring berwarna amber untuk cengkaman yang optimum di permukaan basah. 

Naut-1 pantas menjadi kegemaran pelayar, pengunjung pantai, dan pengembara maritim. Dari masa ke masa, reka bentuknya berevolusi dan untuk Koleksi 1908, ia masih mengekalkan DNA asal sambil diperkemas untuk pemakaian kontemporari. 

Terdapat empat warna yang boleh dijadikan pilihan iaitu Starlight Blue, Dachshund, Pastel Yellow, dan Cannoli Cream. 

Coach Jogger Abadikan Semangat Perintis 

Model kedua yang kembali ialah Converse Coach Jogger, sejenis kasut trek yang pertama kali diperkenalkan sempena Sukan Olimpik 1976. 

Coach Jogger muncul di era ledakan aktiviti jogging, namun DNA-nya bertunjangkan dekad penghasilan kasut prestasi oleh Converse, daripada kasut trek awal hinggalah ke siluet gelanggang yang mengubah cara atlet bergerak. 

image is not available

Coach Jogger mengabadikan semangat perintis Converse menerusi rekaan yang sesuai untuk prestasi dan pemakaian santai. 

Ciri-cirinya termasuk bahagian tumit yang membalut untuk kestabilan tambahan serta binaan tapak berbaji bagi keselesaan maksimum, menjadikannya kegemaran di kalangan pelari dan penggiat kecergasan. 

Kini dihidupkan semula dalam Koleksi 1908, Jogger terus menempah laluan ke hadapan. Di trek mahupun di jalanan, ia kekal sebagai kasut yang mencabar batas dan menetapkan rentak baharu. Hadir dalam tiga pilihan warna, Forest Shade, Bistre, dan Quiet Tide. 

image is not available

Converse 1908 Naut-1 dan Converse 1908 Coach Jogger boleh didapati secara eksklusif di Pop-Up 1908 di Los Angeles bermula 12 Jun. Dua warna eksklusif Jogger turut ditawarkan di Pop-Up ini. 

Pelancaran secara global hanya akan bermula pada 20 Jun dan anda perlu tahu bahawa Converse 1908 Naut-1 dan Converse 1908 Coach Jogger tersedia dalam edisi terhad. Jadi, siapa cepat, dia dapat! - Getaran, 11 Jun 2025

Foto : Converse