
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merancang bagi melaksanakan Projek Ehsan@Kuskop untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata program khas itu akan menggunakan pendekatan “whole of ministry” yang membabitkan peranan semua agensi, yayasan dan universiti di bawah portoflio beliau melalui gerakan keusahawanan, koperasi dan pendidikan.
“Cadangan Projek Ehsan@Kuskop itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat pasca-kabinet kementerian pada Rabu lalu.

