Proklamasi turunkan Tuanku Muhriz tidak sah

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 3:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

SEREMBAN: Proklamasi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir daripada takhta yang ditandatangani Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu, adalah tidak sah dan tidak boleh berkuat kuasa.

Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari Meor Ngah berkata, perkara itu diputuskan menerusi Sidang Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai lalu di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Beliau berkata, sidang berkenaan memuktamadkan bahawa pengisytiharan bertarikh 19 April lalu tidak mempunyai kesan undang-undang dan tidak boleh diguna pakai kerana tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir daripada takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu di Port Dickson dalam Luak Sungei Ujong adalah tidak sah dan tidak boleh berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faris berkata, tiga daripada Undang Empat yang cuba menurunkan Tuanku Muhriz juga tidak mempunyai kuasa sebagai Pembesar Memerintah bagi negeri berikutan telah lucut pesaka mengikut adat luak masing-masing.

“Seyogia diingatkan, tiga daripada Undang Empat yang cuba menurunkan Tuanku Muhriz langsung tiada kuasa sebagai Pembesar Memerintah bagi negeri lantaran telah lucut pesaka mengikut adat luak masing-masing,” katanya. – UTUSAN 

The post Proklamasi turunkan Tuanku Muhriz tidak sah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved