Promo dapat RM60 untuk pandu uji Ora Good Cat sebenarnya bukan untuk rakyat biasa

15 Jun 2023 • 10:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa GWM Malaysia dan TNG Digital sedang menjalankan kempen yang menawarkan sehingga RM60 kredit eWallet jika anda mendaftar untuk memandu uji kereta elektrik (EV) Ora Good Cat menerusi aplikasi Touch n Go eWallet. Malangnya, GWM telah mengemaskini tawaran tersebut dan menyatakan promosi pandu uji ini tidak terbuka untuk semua orang dan terhad kepada pengguna TNG eWallet yang terpilih sahaja.

Dalam laporan kami yang lepas, tawaran yang disiarkan di dalam aplikasi TNG eWallet dapat dilihat menerusi sepanduk di laman utama serta di laman promosi aplikasi. Tetapi sekarang, sepanduk “Ride n Reload” itu tidak lagi kelihatan. Melainkan anda insan terpilih.

image is not available

Kami telah dimaklumkan, promosi ini sebenarnya adalah kempen bersasar berdasarkan kriteria tertentu individu. Invidivu yang disasarkan dipilih berdasarkan kriteria seperti minat, penggunaan tol, dan tabiat berbelanja di dalam aplikasi TNG eWallet.

Promosi yang dijalankan ini memberikan RM10 kredit eWallet kepada pengguna yang mendaftar untuk sesi pandu uji Ora Good Cat di dalam aplikasi TNG eWallet. Tambahan RM50 kredit eWallet akan diberikan dalam bentuk PIN selepas selesai sesi pandu uji tersebut. RM10 kredit eWallet terhad kepada 6,000 penebusan manakala RM50 kredit eWallet diberikan kepada 1,800 pengguna pertama yang mendaftar dan selesai memandu uji Ora Good Cat.

Ora Good Cat merupakan salah satu EV termurah di Malaysia sekarang. Ia dijual dari serendah RM139,800 dengan jarak pemanduan sehingga 500km. Jika mahu kenal dengan lebih lanjut, rujuk kepada review rakan kami di SoyaCincau di sini.

Bacaan Berkaitan