Promosi baru menarik untuk Galaxy Z Fold 6, Z Flip 6, Watch Ultra, Watch 7 dan siri Buds 3

Digital
5 Aug 2024 • 10:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Acara Galaxy Unpacked 2024 yang berlangsung pada awal bulan lepas, menyaksikan pelancaran banyak produk baru Samsung iaitu telefon pintar lipat Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6, jam pintar Galaxy Watch 7 dan Watch Ultra, serta fon putik Galaxy Buds 3 dan Buds 3 Pro. Samsung Malaysia telah membuka tempahan awal sejak pelancaran dengan pelbagai tawaran menarik. Kini, Samsung Malaysia memaklumkan, semua produk ini boleh mula dibeli terus di Malaysia.

Harga rasmi

Harga rasmi semua produk baru Samsung ini telah diumumkan selepas pelancaran untuk tempahan awal.

Galaxy Z Fold 6

  • 12GB + 256GB RM7,299
  • 12GB + 512GB RM7,899
  • 12GB + 1TB RM9,099

Galaxy Z Flip 6

  • 12GB + 256GB RM4,999
  • 12GB + 512GB RM5,599

Galaxy Watch Ultra

  • 47mm (LTE) RM3,399

Galaxy Watch 7

  • 44mm (LTE) RM1,599
  • 40mm (LTE) RM1,499
  • 44mm (BT) RM1,299
  • 44mm (BT) RM1,199

Galaxy Buds 3 Pro RM999

Galaxy Buds 3 RM599

Promosi jualan awal

Jika anda terlepas promosi tempahan awal, jangan risau kerana Samsung Malaysia membuat tawaran baru untuk pembeli. Ia diberikan untuk pembelian dari 2 Ogos sehingga 30 September 2024.

Tawarannya seperti berikut:

Galaxy Z Fold 6 – Rebat sehingga RM1,200 dengan menukar tebus peranti lama kepada Galaxy Z Fold 6. Baucar RM500 untuk pembeli yang tidak menukar tebus peranti. Diskaun sehingga 25% membeli Galaxy Watch atau Galaxy Buds terpilih.

Galaxy Z Flip 6 – Rebat sehingga RM1,200 dengan menukar tebus peranti lama kepada Galaxy Z Flip 6. Baucar RM500 untuk pembeli yang tidak menukar tebus peranti. Diskaun sehingga 25% membeli Galaxy Watch atau Galaxy Buds terpilih.

Galaxy Watch Ultra – Percuma Kotak Adventure dan beg kalis air bertali (bernilai RM199, Galaxy SmartTag 2 (bernilai RM149), Pengecas PD 15W tanpa kabel, Pek Bateri Wayarles 10,000mAh (bernilai RM199) dan rebat RM200 untuk tukar tebus peranti lama.

Galaxy Watch 7 – Percuma tali jam (bernilai RM229) dan Galaxy SmartTag 2 (bernilai RM149)

Galaxy Buds 3 Pro – percuma sarung Buds (bernilai RM169)

Galaxy Buds 3 – percuma sarung Buds (bernilai RM169)

Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Samsung ini, layari artikel pengumuman kami tentang Galaxy Z Fold 6, Galaxy Z Flip 6, Galaxy Watch Ultra, Galaxy Watch 7, Galaxy Buds 3 Pro dan Galaxy Buds 3.

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan