
GHANA: Promosi istimewa KFC sempena ulang tahun ke-15 di Ghana mencetuskan kekecohan apabila orang ramai menyerbu restoran berkenaan untuk mendapatkan set makanan pada harga hanya GH₵15, bersamaan kira-kira RM6.
Promosi yang berlangsung pada 15 Ogos itu menawarkan satu ketul ayam, dua ketul chicken tender dan kentang goreng bersaiz kecil pada harga GH₵15.
Harga berkenaan jauh lebih murah berbanding harga biasa sehingga menyebabkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan promosi tersebut.
Video yang tular dalam kalangan netizen turut memaparkan keadaan di salah sebuah cawangan KFC yang dipenuhi pelanggan.
Beratur sejak awal pagi
Keadaan menjadi semakin sesak apabila pelanggan mula memenuhi premis seawal pagi.
Di Ashaiman, keadaan dilaporkan menjadi tidak terkawal sehingga berlaku kerosakan pada pintu kaca, manakala pihak polis turut berada di lokasi bagi membantu mengawal orang ramai.
Satu video yang tular dalam kalangan netizen pula menunjukkan kakitangan KFC menggunakan hos air ketika cuba mengawal keadaan di luar premis.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk yang berseloroh bahawa promosi ayam murah itu bertukar menjadi satu pengalaman yang cukup mencabar.
Bukan KFC baru dibuka di Ghana
Walaupun ada yang menyangka KFC baru sahaja dibuka di Ghana, perkara itu sebenarnya tidak tepat.
Promosi tersebut diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-15 KFC Ghana, bukannya sempena pembukaan pertama restoran berkenaan di negara itu.
Dengan harga hanya sekitar RM6 untuk satu set, tidak hairanlah promosi berkenaan mendapat sambutan luar biasa sehingga mencetuskan kesesakan di beberapa cawangan. – The Malaysian Update
The post Promosi KFC RM6 Di Ghana Cetuskan Kekecohan, Pelanggan Sanggup Beratur Sejak Pagi appeared first on The Malaysian Update.






