Promosi menarik Xiaomi untuk jam pintar dan fon putik, dari serendah RM109

Digital
3 Aug 2023 • 7:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain telefon pintar, Xiaomi Malaysia turut mengadakan promosi besar-besaran untuk barisan jam pintar dan fon putik mereka sempena bulan Ogos ini. Ada pelbagai model yang terlibat, tapi rata-ratanya adalah dari model yang dilancar pada tahun 2022.

Menariknya, Xiaomi menawarkan diskaun yang besar dalam promosi ini, berikan penjimatan sehingga RM350. Diskaun paling ketara itu diberikan pada model jam pintar Xiaomi Watch S1, yang menjadikan ia kini berharga RM549.

Sementara itu, Xiaomi Smart Band 7 dan 7 Pro turut diberikan diskaun RM30, dengan masing-masing kini berharga RM139 dan RM269. Untuk lebih jelas, berikut adalah senarai dan harga jam pintar Xiaomi dalam promosi ini:

  • Xiaomi Watch S1 – RM899 RM549
  • Xiaomi Smart Band 7 Pro – RM299 RM269
  • Xiaomi Smart Band 7 – RM169 RM139
  • Redmi Smart Band 2 RM149 RM109
  • Redmi Watch 3 – RM429 RM329

Di samping itu, fon putik juga mendapat diskaun yang banyak untuk dalam promosi ini. Terdapat 3 model yang terlibat, dengan paling banyak diskaun diberi pada Xiaomi Buds 3T Pro. Xiaomi menawarkan penjimatan RM300 untuknya. Berikut adalah senarai harga dan fon putik dalam promosi ini:

  • Xiaomi Buds 4 – RM239 RM179
  • Xiaomi Buds 4 Pro – RM369 RM269
  • Xiaomi Buds 3T Pro RM549 RM249

image is not available

Kalau anda pertimbang untuk dapatkannya, boleh mula berbuat demikian sekarang, kerana promosi telah berjalan dari 1 Ogos dan akan berakhir pada hujung bulan ini. Anda boleh layari stor atas talian Xiaomi atau gedung rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee untuk membuat pembelian.