Prospek pendidikan percuma di IPT Sabah diteliti

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Prospek pendidikan percuma di IPT Sabah diteliti

Kota Kinabalu: Prospek pendidikan tinggi percuma di institusi pengajian tinggi tempatan di Sabah – seperti pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) di Sarawak – dilihat memberangsangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud (gambar) menyokong idea pendidikan tinggi percuma untuk anak-anak muda Sabah.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya terpulang kepada Kerajaan Negeri.

“Pendidikan peringkat rendah dan menengah di Sabah adalah percuma. Bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri masih mengkaji sama ada sokongan yang sama boleh diperluaskan kepada pendidikan peringkat tinggi.

“Sesetengah institusi sudah menawarkan biasiswa penuh di peringkat diploma, seperti Program Latihan dan Pembelajaran Industri (ILTP) manakala pelajar tempatan yang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga sudah mendapat sokongan melalui biasiswa kerajaan negeri, Yayasan Sabah atau dana pendidikan lain yang disediakan kerajaan negeri.”Sakmud berkata demikian ketika menghadiri program Anugerah Kecemerlangan STPM Madani Parlimen Sepanggar di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu (KTEKK), pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan untuk menyediakan pembiayaan pendidikan tinggi secara menyeluruh.

Kerajaan Negeri perlu mempercepatkan kajian mengenai cadangan itu dan membentangkan hasilnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang untuk dibincangkan bagi memastikan proses pelaksanaannya dapat diteruskan.

“Dari segi kewangan, sekiranya kita mempunyai kemampuan, saya fikir ia adalah satu aspirasi yang baik untuk kita usahakan.

“Sama seperti di Sarawak tetapi akhirnya keputusan bergantung kepada kedudukan fiskal negeri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sepanggar itu.

Mustapha turut mengalu-alukan peningkatan ketara pencapaian STPM tahun ini bagi mata pelajaran sains iaitu kimia, biologi dan fizik, khususnya dalam kalangan pelajar KTEKK yang terletak dalam kawasan Parlimen Sepanggar.

“Peningkatan kecemerlangan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

“Ia membuktikan dedikasi tidak berbelah bahagi pendidik KTEKK, selain mencerminkan kerja keras dan ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved