Staf IPT Mara digantung kerja dua jam selepas aduan cabul

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 4:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Staf IPT Mara digantung kerja dua jam selepas aduan cabul

PETALING JAYA – Seorang kakitangan di sebuah institusi pendidikan tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) digantung tugas hanya kira-kira dua jam selepas pengurusan menerima aduan berhubung dakwaan pencabulan seksual terhadap seorang pelajar.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau menerima sendiri mesej aduan daripada pelajar berkenaan sebelum mengarahkan pihak pengurusan menjalankan siasatan segera.

“Saya terima mesej aduan daripada seorang pelajar institusi pendidikan tinggi Mara mengenai kes pencabulan seksual.

“Terus saya minta pengurusan siasat. Selepas dua jam, dimaklumkan staf terbabit digantung kerja agar siasatan segera dapat dilakukan,” katanya menerusi hantaran di Threads, hari ini.

Asyraf Wajdi menegaskan Mara tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.

“Tiada kompromi terhadap sebarang salah laku. Jika benar, tindakan tegas termasuk buang kerja dan laporan polis agar didakwa di bawah Kanun Jenayah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tindakan menggantung kakitangan terbabit bukan bermaksud individu berkenaan telah didapati bersalah, sebaliknya merupakan langkah biasa bagi memastikan proses siasatan dapat berjalan dengan lancar.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang pengguna media sosial mempersoalkan tindakan menggantung kakitangan berkenaan ketika kes masih berada pada peringkat dakwaan.

“Ini baru peringkat siasatan. Namun proses biasa untuk menggantung dulu pihak yang didakwa agar tiada sebarang gangguan terhadap proses siasatan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Staf IPT Mara digantung kerja dua jam selepas aduan cabul appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved