Proton atasi angka jualan 2025 dalam sembilan bulan

LocalCars
2 Oct 2026 • 3:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Proton atasi angka jualan 2025 dalam sembilan bulan

PETALING JAYA – Proton berjaya mengatasi jumlah jualan keseluruhan tahun lalu sebanyak 157,976 unit dalam tempoh hanya sembilan bulan, selepas mencatat jualan terkumpul 160,886 unit setakat September 2026.

Ia dicapai selepas syarikat merekodkan jualan 19,465 unit pada September lalu, meningkat 45 peratus berbanding bulan sama tahun 2025, sekali gus menjadikan jumlah jualan 2026 setakat ini (YTD) naik 40.8 peratus.

Prestasi berkenaan turut meningkatkan anggaran pegangan pasaran Proton kepada 28.9 peratus pada September, dan 26.9 peratus YTD.

September lalu juga menyaksikan model Proton Saga kembali meraih gelaran sebagai kenderaan paling popular di negara ini, dengan jumlah jualan terkumpul YTD sebanyak 68,237 unit, yang mewakili pertumbuhan sebanyak 34.5 peratus berbanding tahun lalu.

Angka tersebut meletakkan model sedan mampu milik itu pada landasan tepat untuk mencatatkan antara prestasi jualan terbaik dalam sejarahnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, pencapaian bulan September menyaksikan syarikat merekodkan prestasi suku tahun ketiga terbaiknya sejak 2009 dengan jualan 60,540 unit.

“Walaupun kejayaan semasa yang kami kecapi amat membanggakan, Proton tidak akan memperlahankan momentum dalam memperkenalkan model baharu, melaksanakan pelaburan infrastruktur serta menggerakkan inisiatif yang berfokuskan pelanggan.

“Kami masih mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi pelancaran yang dijadualkan sebelum akhir tahun ini, manakala perniagaan eksport kami menyasarkan pertumbuhan jualan lebih tinggi bagi kenderaan berjenama Proton dan Geely yang dihasilkan di Malaysia untuk pasaran antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

The post Proton atasi angka jualan 2025 dalam sembilan bulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved