Proton lepasi eksport 10,000 unit dalam 10 bulan

Business & Finance
18 Nov 2026 • 7:25 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Proton lepasi eksport 10,000 unit dalam 10 bulan

PETALING JAYA: Proton melepasi pencapaian eksport sebanyak 10,000 unit bagi tahun ini, sekali gus meletakkan syarikat automotif nasional itu pada landasan untuk meningkatkan jualan eksport lebih dua kali ganda berbanding 2025.

Pencapaian itu turut disusuli rekod pengeluaran bulanan tertinggi dalam tempoh 24 tahun apabila kilang Proton di Tanjong Malim merekodkan pengeluaran sebanyak 23,006 unit pada Oktober lalu.

Kedua-dua pencapaian itu mencerminkan peningkatan keupayaan pembuatan, kecekapan operasi serta komitmen syarikat dalam memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ir. Abdul Rashid Musa berkata, pelancaran beberapa model baharu menjadi antara pemacu peningkatan permintaan di pasaran domestik dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan eksport serta pengeluaran syarikat.

“Pencapaian berkenaan turut didorong komitmen seluruh warga kerja syarikat, termasuk operator pengeluaran, jurutera, pasukan jaminan kualiti, logistik dan kakitangan sokongan yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi.

“Hasilnya, kami berjaya mencatatkan pertumbuhan ketara dalam jumlah eksport, manakala barisan pengeluaran kami terus berusaha untuk mencapai jumlah pengeluaran yang lebih tinggi setiap bulan,” katanya.

Menurut syarikat itu, kejayaan melepasi 10,000 unit eksport dalam tempoh lebih 10 bulan menunjukkan perkembangan positif usaha peluasan pasaran antarabangsa, selain mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan bagi kumpulan Geely.

Peningkatan eksport itu turut mencerminkan penerimaan pasaran luar negara terhadap kenderaan keluaran PROTON, sekali gus memperkukuh reputasi produk automotif buatan Malaysia dari segi kualiti dan daya saing.

Dalam pada itu, rekod pengeluaran 23,006 unit pada Oktober menunjukkan keupayaan fasiliti pembuatan PROTON mengendalikan peningkatan permintaan, susulan tempahan berterusan bagi model-model terbaharunya di seluruh negara. – UTUSAN

The post Proton lepasi eksport 10,000 unit dalam 10 bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved