Provident perkukuh ekosistem pembiayaan, kewangan pekerja

Business & FinancePersonal Finance
21 Aug 2026 • 10:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Provident perkukuh ekosistem pembiayaan, kewangan pekerja

KUALA LUMPUR – Provident Banc Berhad (Provident) memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas ekosistem penyelesaian kewangan untuk pelanggan dan perniagaan.

MoU berkenaan melibatkan MicroLEAP PLT, Holborn Capital Partners Sdn. Bhd. dan Peopleperks International Sdn. Bhd. (HariWang), merangkumi bidang pembiayaan alternatif, khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kekayaan, serta kesejahteraan kewangan pekerja.

Pengarah Eksekutif Provident Banc Berhad, Nor Shahmir Nor Shahid berkata, pihaknya percaya pembiayaan bertanggungjawab bukan sekadar menyediakan akses kepada dana.

“Ia perlu merangkumi usaha memahami keperluan pelanggan, membantu mereka membuat keputusan kewangan yang bermaklumat serta menyediakan penyelesaian pembiayaan yang telus, mudah diakses dan selaras dengan kesejahteraan kewangan jangka panjang mereka,” katanya pada majlis pemeteraian MoU berkenaan.

MoU dengan MicroLEAP, platform pembiayaan rakan setara adalah bagi meneroka penyelesaian pembiayaan alternatif untuk perniagaan, manakala kerjasama dengan Holborn Capital Partners memfokuskan khidmat nasihat kewangan, perancangan kewangan, pelaburan dan pengurusan kekayaan.

Sementara itu, MoU bersama HariWang pula membabitkan kesejahteraan kewangan pekerja menerusi kemudahan Akses Gaji Diperoleh, yang membolehkan pekerja mendapatkan akses lebih baik kepada gaji bagi memenuhi keperluan kewangan jangka pendek.

Turut diadakan ialah sesi perbincangan panel mengenai kos sara hidup, hutang digital dan tekanan kewangan dengan kerjasama Masryef Academy.-KOSMO! ONLINE

The post Provident perkukuh ekosistem pembiayaan, kewangan pekerja appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved