PRU15: “Anda sudah tak relevan” – IG Zahid Hamidi Diserang Netizen, Ramai Gesa Berundur

Entertainment
20 Nov 2022 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak awal pagi tadi, tanda pagar #zahidhamidiletakjawatan masih lagi trending di media sosial Twitter.

Ini terjadi selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini selepas hanya berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen.

image is not available

Sehubungan dengan itu, ramai pihak termasuklah Pengarah Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, selaku Presiden UMNO meletakkan jawatan.

Tidak cukup dengan di Twitter, malah, laman Instagram rasmi Pengerusi BN turut dihujani komentar daripada pengguna media sosial lain yang turut menggesanya segera meletakkan jawatan secara bermaruah sebagai langkah bertanggungjawab akibat kekalahan teruk PRU kali ini.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat Zahid Hamidi patut meletakkan jawatan kerana dianggap sudah tidak relevan sebagai seorang presiden lagi.

“Mohon bertanggungjawab dan letak jawatan sebagai Presiden UMNO & BN,” komen seorang netizen.

“Sedih rasanya. Kesian pada orang-orang lama yang sokong BN. Parti BN yang orang Melayu banggakan dah tak sama macam dulu. Boleh lah letak jawatan. Bagi peluang pada yang lebih berkelayakan dan disenangi rakyat,” tulis seorang pengguna.

“Sila berundur, serahkan kepimpinan kepada generasi muda dan yg lebih mahir dengan arus politik semasa. Harap maaf Dato’ Seri, kekalahan BN semakin merosot dan lebih teruk betbanding kepimpinan Dato’ Seri Najib. Jadilah seperti beliau, serahkan tampuk kepimpinan kepada orang lain,” kata yang lain pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.