PTI tinggal 40 tahun di Sabah

20 Dec 2022 • 3:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang tinggal di negeri ini selama empat puluh tahun tanpa sebarang dokumen, dipenjara empat bulan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Abdul Muksin Rasit yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bajau Ubian kerana Abdul tidak memahami bahasa Malaysia.

Abdul didapati memasuki negeri ini secara haram pada jam 8.30 pagi, 25 Okt tahun ini di kawasan perairan Pulau Banggi, Kudat.

Dia ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa rayuan, pendatang tanpa izin itu memberitahu mahkamah bahawa dia tinggal di negeri ini selama empat puluh tahun dan menanggung lima anak.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Abdul.

Mahkamah memerintahkan Abdul menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas hukuman penjaranya selesai, mahkamah memerintahkan Abdul dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk direkodkan data biometriknya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.