PUKAS Dedah Kandungan Air Berkat GISBH Yang Menjijikkan, Dakwa Berunsur Sihir

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
air berkat

Di Facebook, tular pendedahan daripada Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) mendakwa ‘air berkat’ GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) mengandungi bahan menjijikkan dan berunsur sihir.

Dakwa PUKAS, air berkat tersebut dimasukkan ke dalam makanan dan minuman setiap ahli serta pelanggan di premis GISBH. Biar betul?

image is not available

Selain air berkat, PUKAS mendakwa pihak polis turut menemui pelbagai barangan dianggap berkat seperti bulu, perca kain, pakaian dan darah yang dijadikan tabarruk.

Terdahulu, pekerja di salah sebuah restoran milik GISBH menafikan restoran itu meletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya dalam makanan kepada pelanggan.

Dalam video yang dimuat naik, pekerja berani bersumpah dan bersedia untuk dilaknat jika berbohong.

Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan Fasa 4 Op Global di sebuah premis di Rawang, Selangor telah merampas janggut. Barang rampasan akan dirujuk kepada pihak JAKIM untuk siasatan lanjut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) | Kosmo!