Pulau misteri muncul, hilang di tengah tasik

Environment
1 Sep 2026 • 7:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pulau misteri muncul, hilang di tengah tasik

OTTAWA –  Sebuah pulau misteri  berkeluasan lebih 9,754 meter persegi muncul di kawasan takungan air di Tasik Williston, wilayah British Columbia sebelum tiba-tiba hilang, lapor agensi berita UPI kelmarin.

Penduduk tempatan melihat kewujudan pulau diliputi pokok kayu itu di Takungan Williston, utara MacKenzie, awal bulan ini.

Jurucakap projek hidroelektrik B.C. Hydro, Bob Gammer berkata,  pada mulanya, dia ragu dengan laporan tersebut kerana gambar mudah  dipalsukan menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI).

“Ia sememangnya sesuatu yang tidak pernah kami dengar sebelum ini. Tidak ramai orang melaporkannya dan  ia sukar dikesan,” katanya kepada saluran berita CBS News 

Bagaimanapun, kewujudan pulau itu disahkan dalam imej satelit bertarikh 20 Julai lalu.

Pulau terapung itu kemudian lenyap daripada data satelit menjelang 5 Ogos lepas.

“Kami merakam imej satelit terbaharu yang dikemas kini dan kami tidak lagi dapat melihat objek tersebut. Jadi ia telah hilang sekarang. Ini tidak bermakna ia telah tenggelam ke dasar takungan. Ia mungkin kembali ke kawasan yang lebih terlindung di sepanjang pantai,” jelas Garmer. – AGENSI 

 

The post Pulau misteri muncul, hilang di tengah tasik appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved