Tiada petunjuk, operasi Carilamat nelayan hilang ditamatkan

31 Aug 2026 • 10:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiada petunjuk, operasi Carilamat nelayan hilang ditamatkan

Operasi Carilamat nelayan hilang di perairan Pulau Tenggol ditamatkan selepas tiada sebarang petunjuk baharu dikesan sepanjang pencarian.

DUNGUN: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) nelayan, Sabrie Rusli, 32, yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, dekat sini, Khamis lepas, ditamatkan hari ini selepas tiada sebarang petunjuk atau penemuan berjaya dikesan.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata operasi pencarian yang meliputi kawasan seluas kira-kira 801.22 batu nautika persegi itu dilaksanakan secara sistematik dengan mengambil kira faktor cuaca, keadaan laut, arus serta kemungkinan hanyutan mangsa.

“Sepanjang operasi, pelbagai kaedah pencarian dilaksanakan termasuk pencarian permukaan, penggunaan sonar, operasi selaman serta Remote Operated Vehicle (ROV) bagi membantu mengesan sebarang petunjuk atau objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa.

“Namun begitu, sehingga operasi ditamatkan, tiada sebarang petunjuk atau penemuan yang dapat dikaitkan dengan mangsa berjaya dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan menamatkan operasi itu dibuat selepas semua sektor pencarian yang dikenal pasti selesai dilaksanakan, selain tiada maklumat baharu diperoleh yang dapat membantu usaha mengesan mangsa.

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pasukan penyelamat, komuniti maritim serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang operasi berkenaan.

“Walaupun operasi Carilamat ditamatkan, aset APMM yang melaksanakan rondaan rutin akan terus membuat pemantauan sekiranya terdapat sebarang maklumat atau penemuan baharu berkaitan mangsa,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Sabrie dipercayai hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol kira-kira 5 petang Khamis lepas.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menaiki bot gentian kaca dalam perjalanan pulang selepas keluar menangkap ikan pada 9 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved