
SUBANG - Puluhan kereta baharu dilaporkan ditenggelami banjir selepas kawasan penyimpanan kenderaan di Subang dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa gambar dan video yang memaparkan deretan kenderaan baharu berada dalam kawasan yang dipenuhi air banjir.
Berdasarkan perkongsian berkenaan, air keruh dilihat menenggelami hampir keseluruhan kawasan, dengan paras air mencecah sehingga ke bahagian pintu beberapa kenderaan.
Klik pautan untuk tonton video: https://www.facebook.com/reel/1630159295318754
Perkongsian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial yang terkejut melihat keadaan kenderaan-kenderaan baharu berkenaan.
Setakat ini, jumlah sebenar kenderaan yang terjejas serta tahap kerosakan akibat kejadian itu masih belum diketahui.
Hujan lebat petang ini turut mencetuskan banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Subang dan kawasan lain di Lembah Klang.
Beberapa kawasan berhampiran Kampung Subang turut dilaporkan dinaiki air sehingga menjejaskan laluan jalan raya dan kediaman penduduk.
Terdapat juga laporan yang mendakwa keadaan banjir kali ini lebih buruk berbanding kejadian sebelum ini.
Selain banjir, beberapa kenderaan turut dilaporkan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tumbang.
Setakat berita ini ditulis, maklumat lanjut mengenai jumlah kerosakan dan kawasan yang terjejas masih belum diperoleh. - Getaran, 2 November 2026



![[VIDEO] 92 rumah terjejas, tiga mangsa dipindahkan di Kampung Melayu Subang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-02-at-20.09.35-e1793621656322.jpeg)
![[VIDEO] Air naik paras paha di Lebuh Raya Guthrie](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-02-at-19.39.13-1024x759.jpeg)

