[VIDEO] Air naik paras paha di Lebuh Raya Guthrie

LocalEnvironment
2 Nov 2026 • 7:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Air naik paras paha di Lebuh Raya Guthrie

PETALING JAYA – “Dari Guthrie menghala NKVE tutup, banjir paras paha katanya.

Itu perkongsian seorang pengguna Threads, @Hisyam.zakari, yang memaklumkan keadaan banjir di laluan di Lebuh Raya GCE menghala ke Lebuh Raya Baru Lembah Klang susulan hujan lebat, petang tadi.

Cuaca buruk itu menyebabkan Lebuh Raya GCE dinaiki air sehingga kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Menerusi video yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, jelas memaparkan kesesakan lalu lintas teruk di laluan berkenaan.

Video keadaan banjir yang berlaku turut dikongsikan pengguna @Hikenett, yang menunjukkan air banjir melimpah ke jalan raya sehingga menghalang pergerakan kenderaan.

“Info banjir dekat Lebuh Raya Guthrie,” katanya ringkas.

Hantaran berkenaan meriah perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen.

“Nasib baik saya sempat lalu. Masa saya lalu memang air dah naik, tapi Alhamdulillah sampai rumah juga,” komen @Woo_kaya.

“Ya Allah, suami (saya) sangkut situ,” ujar @N.eyizzaaaaaa.

“Kenapa ia selalu Shah Alam? Tanya dengan nada sopan,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Air naik paras paha di Lebuh Raya Guthrie appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved