Puluhan pokok tumbang di Damansara, beberapa kenderaan terjejas

LocalEnvironment
26 Sep 2026 • 1:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Puluhan pokok tumbang di Damansara, beberapa kenderaan terjejas

PETALING JAYA – Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap puluhan pokok tumbang susulan kejadian ribut petir di sekitar Damansara, di sini, semalam.

Situasi itu dipercayai berlaku di sekitar Damansara Damai dan Sri Damansara.

Perkongsian pengguna Threads, @ammarpovboi menunjukkan keadaan selepas kejadian apabila beberapa pokok besar tumbang menimpa struktur bumbung tempat letak kenderaan.

Menurut perkongsian itu, kawasan Damansara yang mempunyai bentuk muka bumi berbukit lazimnya tidak berdepan masalah banjir kilat yang ketara, namun kejadian ribut boleh menyebabkan risiko lain seperti pokok tumbang.

“Pagi ini lalu di Damansara Damai dan Sri Damansara. Ada lah nampak dekat 20 pokok tumbang.

“Banyak pokok sudah tua, pihak berkaitan kena (pantau) dan selenggara,” katanya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Kosmo! sedang mendapatkan pihak bomba bagi mengenal pasti jumlah kenderaan terlibat serta pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya berhubung kerja baik pulih. – KOSMO! ONLINE

The post Puluhan pokok tumbang di Damansara, beberapa kenderaan terjejas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved