Pusat beli-belah macam pasar basah dikuasai warga asing

24 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pusat beli-belah macam pasar basah dikuasai warga asing

PETALING JAYA – Pendedahan mengenai isu warga asing menyebabkan akaun TikTok milik pempengaruh Mohammad Badrul Ridzuan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Awie MBR, ditutup sekurang-kurangnya enam hingga tujuh kali akibat pelbagai masalah dan laporan.

Menurutnya, keadaan itu tidak menghalangnya untuk te­rus turun ke lokasi bagi melihat sendiri keadaan yang dilaporkan masyarakat.

“Setakat ini, setiap minggu saya akan pusing satu Malaysia untuk melihat sendiri keadaan. Ada lokasi yang dirakam memang terlalu teruk, termasuk di sekitar Hulu Langat, Puchong Perdana, Sepang, Pulau Pinang dan Pasar Borong Selayang,” katanya.

Menurut Awie, antara lokasi yang diberi perhatian termasuk sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang yang didakwanya dikuasai peniaga warga asing sehingga keadaannya tidak ubah seperti pasar basah.

“Di Pulau Pinang contohnya, ada satu pusat beli-belah yang diibaratkan seperti ‘kubu’ mereka. Tidak ubah seperti pasar basah kerana menjual pelbagai bara­ngan sebaik dikuasai peniaga warga asing.

“Keadaan itu membuatkan warga tempatan tidak tahan de­ngan persekitaran yang berbau dan tidak menyenangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kaedah pendedahan dilakukan, Awie berkata, setiap pergerakan dibuat berdasarkan maklumat awam serta aduan masyarakat setempat.

“Kebanyakan aduan diterima daripada penduduk yang resah dengan masalah kebersihan dan keselamatan. Ada taman permainan yang langsung tidak dapat digunakan kanak-kanak tempatan kerana dikuasai anak-anak warga asing secara kasar sehingga merosakkan kemudahan.

“Malah di Pasar Borong Sela­yang, terdapat kawasan perumahan yang didiami sehingga tiga generasi warga asing dengan anggaran lebih 10 keluarga tinggal bersesak-sesak,” katanya.

Menurutnya, peniaga warga asing berkenaan mampu bertahan kerana mendapat sokongan sesama mereka yang memonopoli rantaian pembekalan, selain ada majikan tempatan yang menggaji mereka secara haram.

The post Pusat beli-belah macam pasar basah dikuasai warga asing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved