Bongkar Kegiatan PATI, Awie MBR Dakwa Terima Ugutan ‘Pot*ng Kepala’ Dari Warga Asing

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pempengaruh media sosial, Awie MBR, mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh, selain cacian dan makian daripada warga asing susulan tindakannya membongkar kegiatan mereka menjalankan perniagaan secara haram dan didakwa kotor.

Menurut Awie MBR, ugutan termasuk ancaman ‘potong kepala’ diterimanya sepanjang empat bulan dia aktif menghasilkan kandungan berkaitan isu warga asing.

Advertisement
View this post on Instagram

Katanya, dia mula melakukan tugasan tersebut selepas terkesan dengan tindakan seorang penyampai radio yang memuat naik kandungan mengenai sebuah bangunan yang dihuni warga asing dan pelarian Rohingya di Hulu Langat, Selangor.

“Saya bukan benci warga asing tetapi ma­hu masyarakat sedar mengenai hak me­reka yang semakin terancam atau terhakis.

“Antara yang saya dedahkan termasuk mereka ini bebas menjalankan perniagaan tanpa lesen dan ada masanya tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Awie MBR berkata, sebahagian pendedahan yang dibuatnya telah mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak berkuasa, namun tidak semua lokasi yang didedahkannya menerima tindakan sama.

View this post on Instagram

Tambahnya, dia pernah membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima ketika baru memulakan tugasan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, jumlah ugutan yang diterima semakin banyak sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk berulang-alik ke balai polis kerana mahu terus memberi tumpuan kepada isu berkenaan.

“Saya lihat ada juga pihak lain termasuk badan bukan kerajaan yang buat benda sama dan kalau boleh kita jangan mengambil tindakan sendiri atau mengikut emosi sehingga melanggar undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, Awie MBR menjelaskan dia bersama kru sentiasa mengadakan taklimat sebelum turun ke sesuatu lokasi bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Katanya, mereka akan berundur sekiranya berlaku provokasi dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mama Imani2026-09-23 12:34:53

"Puas Hati Tengok Mama Imani Dapat RM30,000" - Vain Liew 'Update' Status Terkini Kes Viral Tempoh Hari

The post Bongkar Kegiatan PATI, Awie MBR Dakwa Terima Ugutan ‘Pot*ng Kepala’ Dari Warga Asing first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved