[VIDEO] ‘Warga asing makin berani, dah meniaga haram boleh pula call polis’

12 Sep 2026 • 1:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Warga asing makin berani, dah meniaga haram boleh pula call polis’

PETALING JAYA – Lagak seorang lelaki warga asing yang dipercayai berniaga di kaki lima tanpa lesen dan permit sah di Bukit Bintang mengundang kecaman orang ramai.

Kegiatan lelaki itu didedahkan melalui sebuah video tular di Facebook pempengaruh, Awie Mbr, semalam.

Awie Mbr berkata, dia bersama beberapa orang lelaki hadir ke kawasan tersebut bagi melihat etnik Rohingya sebelum tiba-tiba didekati seorang lelaki warga asing yang didakwa tidak berpuas hati kerana dia pernah menularkan perniagaan warga asing itu yang dipercayai tidak mempunyai lesen, sebelum ini.

“Pak Arab tiba-tiba sergah kami lepas kami melawat Rohingya! Dia marah Abang Koroy tularkan perniagaan haram dia sebelum ni? Takkan nak puji perniagaan haram dia kot? Siap jual nama Allah punya bumi.

“Warga asing siap ‘call’ (hubungi) polis tu sebab tularkan dia meniaga haram di kaki lima, sekarang ni siapa warga asing?,” tulis kapsyen pada hantaran video tersebut.

Warga asing itu bagaimanapun didakwa tidak mahu berganjak dari lokasi dan menegaskan mereka bukanlah kakitangan kerajaan atau pihak berkuasa yang boleh mengusirnya daripada berniaga di kawasan itu.

Keadaan kemudian menjadi tegang apabila dikatakan lelaki tersebut didakwa mula berkasar dan mengugut mahu menghubungi polis dan dakwa diganggu kumpulan terbabit.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan warga asing terbabit selain berharap pihak berkuasa lebih tegas dalam membanteras peniaga tidak berlesen.

“Berani betul la.. dah terang-terang buat salah.. boleh call polis,” kata Roslin.

“Harap pihak berkuasa tegas, sesiapa pun meniaga tiada lesen mesti dikenakan tindakan,” kata @Mamat.

“Bayangkan jika tidak dibendung, apa akan jadi pada 10 tahun akan datang?,” kata @Lin.

“Bukit Bintang tu terlalu ramai warga asing senang senang boleh berniaga,” kata @Rayyan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] ‘Warga asing makin berani, dah meniaga haram boleh pula call polis’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved