Pusat hiburan ‘pelangi’ lelaki songsang diserbu, 4 ditahan

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 11:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pusat hiburan ‘pelangi’ lelaki songsang diserbu, 4 ditahan

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini yang dipercayai menawarkan hiburan dan persembahan tarian warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’ dalam operasi khas awal pagi semalam.

Serbuan pada pukul 12.05 tengah malam itu membawa kepada penahanan empat lelaki warga asing terdiri daripada tiga warga China dan seorang warga Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat awam serta risikan selama sebulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Katanya, operasi itu turut mendapat kerjasama pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibu Pejabat dan Kuala Lumpur.

“Hasil operasi, seramai empat warga asing berjaya ditahan di pusat hiburan berkenaan.

“Semakan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pusat hiburan terbabit dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing di sekitar Lembah Klang.

“Modus operandi pusat hiburan ini menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’.

“Bayaran yang dikenakan bermula RM53 hingga RM700 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan,” katanya.

Zakaria berkata, kesemua warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Seramai tiga lelaki warga tempatan turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pusat hiburan ‘pelangi’ lelaki songsang diserbu, 4 ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved