Pusat hiburan 'sejenis' diserbu, empat warga asing ditahan

LocalEntertainment
27 Sep 2026 • 1:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pusat hiburan 'sejenis' diserbu, empat warga asing ditahan

PUTRAJAYA, 27 SEPT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan sebuah pusat hiburan di ibu negara yang menyediakan persembahan tarian melibatkan golongan ‘sejenis’ dalam operasi khas awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata dalam operasi bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang bermula jam 12.05 tengah malam itu, tiga lelaki warga China dan seorang lelaki warga Filipina berumur antara 21 dan 31 tahun ditahan.

"Kesemua warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

"Tiga lelaki warga tempatan diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata pusat hiburan di Jalan Klang Lama yang beroperasi sejak tahun lalu dipercayai menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’ dengan menyasarkan pelanggan warga tempatan dan warga asing di Lembah Klang.

"Bayaran yang dikenakan bermula dari RM53 hingga RM700 mengikut minuman dan tempahan meja oleh pelanggan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved