Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan

2 Nov 2023 • 8:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian di sebuah premis rumah percutian yang dijadikan pusat panggilan di Pulau Pangkor.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata dalam serbuan pada 31 Okt lepas itu, polis turut merampas tiga komputer riba, 120 telefon bimbit, dua modem dan dua buku nota yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut serta wang tunai RM51,254.

“Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan dihuni 65 lelaki dan 29 wanita Vietnam, seorang lelaki dan perempuan warga China serta lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 47 tahun.

“Kesemua suspek ditahan kerana disyaki bekerja atau terlibat menjalankan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata premis itu baru didaftar masuk pada hari serbuan dilakukan dan pemeriksaan mendapati kesemua warga asing tersebut ada yang mempunyai pasport sah, manakala sebahagiannya masuk secara haram.

“Lelaki tempatan yang ditangkap berusia 24 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan serta bebas daripada rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved