Puteri Sarah Sedih Tengok Anak Ditemani Datuk Main Bola

20 Jan 2024 • 12:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa sedih melihat anak sulungnya, Syaikhul Islam ditemani kedua-dua datuknya ketika perlawanan bola sepak di sekolah.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik, bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam bergambar bersama Syaikhul serta rakan-rakan sebagai kenangan.

image is not available

Pelakon ini berterima kasih kepada dua insan kesayangannya itu kerana sudi meluangkan masa mencipta memori dengan Syaikhul.

image is not available

Pesan Sarah kepada Syaikhul, walau apa pun yang terjadi, anaknya itu mempunyai dua figura hebat yang akan terus menjaga dan menyayanginya.

Kredit: Instagram Puteri Sarah Liyana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.