Qi Razali Akhirnya Bergelar Suami Pada Usia 48 Tahun

Entertainment
25 May 2025 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon yang popular dengan filem Babah iaitu Qi Razali hari ini telah selamat diijabkabul dengan wanita pilihan hatinya, Wardah.

Berita itu telah dikongsikan oleh pengacara terkenal, Fedtri Yahya yang mengacarakan majlis pernikahan kedua-dua mempelai itu pada hari ini.

image is not available

Dalam foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat kedua-dua pengantik sama cantik sama padan mengenakan busana putih ketika majlis perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian Fedtri Yahya lagi, difahamkan, pengantin perempuan telah merias sendiri wajahnya untuk majlis tersebut kerana dia merupakan seorang jurusolek.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon yang berusia 48 tahun ini atas perkahwinannya dan isteri.

Tahniah Babah!

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.