Qi Razali Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati

25 May 2025 • 10:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan pengacara, Qi Razali kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.

Berita gembira itu dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di aplikasi X dimana dia memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan pasangan tersebut.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Qi kelihatan segak dan tenang mengenakan busana pengantin serba putih ketika majlis akad nikah berlangsung.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di sebuah lokasi yang berlatar belakangkan suasana kampung serta mencetuskan suasana tenang dan indah buat pasangan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada pemain drum kumpulan OAG itu atas berita perkahwinannya.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Alhamdulilah, tahniah Qi Razali dan pasangannya.”

“Tahniah Qi Babah.”

“Tak sangka Qi Razali dah berkahwin,” komen dari netizen. 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved