Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin

Entertainment
27 Oct 2024 • 9:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini peminat industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita bahawa pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin telah bercerai selepas tujuh tahun berkahwin. Selain itu, pelakon Emma Maembong juga dilaporkan telah berpisah dengan suami.

Kali ini, peminat hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita perceraian antara pelakon Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine yang juga koreografer tarian popular di Malaysia.

Que Haidar dan Linda Jasmine telah bercerai talak satu secara sah pada 2 Julai lalu, lapor mStar.

image is not available

Que mendedahkan tentang perceraian itu ketika ditemui pemberita ketika Majilis Anugerah Sri Angkasa di PICC Putrajaya pada malam Sabtu semalam.

Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan punca perceraian mereka kepada umum kerana perkara itu bersifat peribadi.

Que turut meluahkan rasa syukur kerana anak-anak perempuan mereka, Ratu dan Cleopatra dapat menerima perpisahan ibu bapa mereka dengan baik.

image is not available

Dalam masa yang sama, meskipun berpisah, Que mengatakan dia dan Linda masih berkawan demi anak-anak mereka.

Dia juga mengatakan jodoh mereka tidak panjang dan mungkin ini jalan yang terbaik.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan ini turut memohon kepada peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Linda.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.