Radin Teruja, Kagum Ketangkasan Juruterbang Tempur TUDM Di LIMA 2025 - “Saya Rasa Sangat Bangga Jadi Rakyat Malaysia”

24 May 2025 • 11:54 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyampai radio 3 Pagi ERA Radin meluahkan rasa kagum dan bangga selepas menyaksikan aksi memukau pasukan juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).
 

Bangga jadi rakyat Malaysia

image is not available

 


Dalam sesi demonstrasi udara yang menjadi tumpuan pengunjung di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Radin berpeluang melihat sendiri kebolehan luar biasa juruterbang TUDM mengendalikan pesawat pejuang seperti Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet dengan penuh ketangkasan dan disiplin tinggi.


 

“Saya betul-betul terpegun dan terinspirasi. Melihat sendiri bagaimana pesawat-pesawat ini dikawal dengan begitu cemerlang.
 
“Perkara itu membuatkan saya rasa sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Mereka adalah barisan hadapan pertahanan udara kita yang sebenar,” ujarnya.

 


Kehadiran Radin di LIMA ’25 adalah sebahagian daripada inisiatif untuk merapatkan hubungan antara pihak tentera dan masyarakat awam, khususnya generasi muda yang semakin tertarik dengan dunia pertahanan dan aeroangkasa.


 


Acara dwitahunan yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 ini menghimpunkan pemain industri pertahanan global dan menarik lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.


 


Demonstrasi udara oleh TUDM kekal menjadi antara acara paling dinanti setiap edisi.

 


Radin juga berharap pendedahan seperti ini dapat membuka mata rakyat Malaysia terhadap kepentingan memiliki pasukan pertahanan yang bersedia dan berteknologi tinggi. 


 


Malah, Radin juga turut menyeru anak muda untuk menghargai dan menyokong pengorbanan anggota keselamatan negara.


 


Untuk berita, program dan ak vi terkini boleh layari laman sosial rasmi ERA