Radzi Jidin nafi calonkan diri sebagai Ketua Pembangkang

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 4:28 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menafikan dakwaan bahawa beliau mencalonkan dirinya sebagai Ketua Pembangkang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 

Mohd Radzi berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan olehnya sepanjang pertemuan  bersama Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 18 Februari lalu. 

Beliau yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu turut menegaskan, perkara itu boleh disemak dengan individu lain yang hadir dalam pertemuan berkenaan, termasuk Abdul Hadi sendiri.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili Bersatu dalam pertemuan tersebut.

“Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya doakan agar mereka yang menyebarkan fitnah ini insaf,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Mohd Radzi memaklumkan beliau menerima maklumat berhubung dakwaan tersebut yang dikatakan tersebar dan dibincangkan secara meluas di media sosial. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved