
YB Rafizi Ramli sedia hadir dengan beberapa inisiatif sebelum ini dalam meringankan beban hidup, dan terbaru beliau mengumumkan bakal memperkenalkan sebuah lagi inisiatif dibawah payung Ayuh Malaysia, dinamakan PinjamGajet.
Seperti pada namanya, PinjamGajet akan memfokuskan kepada memudahkan orang ramai untuk menderma gajet atau peranti elektronik terpakai, termasuk komputer riba. Peranti berkenaan akan dibaik-pulih, dan seterusnya membolehkan pengguna lain menyewanya pada kadar RM10 sebulan.
Ini secara tidak langsung dijangka akan membantu ramai pihak, termasuk pelajar universiti atau sekolah. Langkah ini juga dijangka akan mengurangkan lagi jurang digital dalam kalangan orang ramai di Malaysia.
Inisiatif ini akan dilancarkan secara rasminya esok, 8 Mac 2026. Namun, laman web untuknya telah aktif, dan orang ramai boleh menyemak untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengannya.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗡𝗝𝗔𝗠𝗚𝗔𝗝𝗘𝗧 – 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗜𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 7, 2026
Inisiatif ketiga di bawah Ayuh Malaysia iaitu PinjamGajet akan dilancarkan esok, 8 Mac 2026.
PinjamGajet adalah satu inisiatif yang membolehkan orang… pic.twitter.com/0repI8yGwX





