Raheem Sterling terlepas hukuman penjara

Football
26 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Raheem Sterling terlepas hukuman penjara

Bekas pemain sayap England, Raheem Sterling, terlepas hukuman penjara serta merta selepas mengaku memandu secara berbahaya susulan mengakui iaitu menyedut 'gas ketawa' (nitrous oksida) semasa memandu -- sebelum kereta Lamborghini miliknya terbabas.

Sterling, yang memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City dan telah membuat 82 penampilan untuk England, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dengan penangguhan pelaksanaan selama 18 bulan, serta diperintahkan untuk melakukan 100 jam khidmat masyarakat tanpa bayaran.

Pemain berusia 31 tahun itu hadir di Mahkamah Majistret Basingstoke, apabila Hakim Kirsty Allman menyatakan bahawa dia telah bertindak dengan mengabaikan keselamatan pengguna jalan raya lain secara sedar.

Sterling juga dilarang memandu selama dua tahun.

Sterling dilaporkan memandu secara tidak menentu di lebuh raya M25 dan M3 di selatan England pada waktu kesibukan pagi, 28 Mei lalu. Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan bekas pemain Chelsea itu menukar lorong secara melulu dan hampir melanggar pembahagi jalan di lebuh raya M3.

Selepas keluar dari lebuh raya, keretanya melanggar papan tanda di tepi jalan, menyebabkan kerosakan teruk pada kenderaannya.

Polis menemui Sterling sedang duduk di kerusi penumpang keretanya yang telah terbabas, sambil memegang dua tabung gas nitrous oksida. .

Sterling, yang bermain untuk kelab Belanda, Feyenoord, pada musim lalu, mengaku bersalah pada bulan September atas tuduhan memandu secara berbahaya, memiliki nitrous oksida, dan gagal memberikan spesimen darah.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved