Rais Yatim Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Menghasut

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rais Yatim Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Menghasut

MELAKA, 25 Sept (Bernama) -- Pengerusi Parti Wawasan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menghasut pada Jun lepas.

Rais, 84, yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Rais didapati telah menyebut perkataan menghasut iaitu "mendoakan selamat kepada Tunku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Jadi, selepas ini, bebaslah, yang, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Nadzaruddin sebagai Yang Dipertuan Besar ke-12, melakukan apa-apa sahaja hal kedirajaan.

Dan seruan kami ialah tumpukanlah taat setia kepadanya, oleh kerana kita mengikut lunas undang-undang dan juga lunas adat yang ada di Negeri Sembilan".

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Parkroyal A’Famosa Melaka Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat di Alor Gajah kira-kira 1 petang pada 5 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum berdasarkan Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Rais yang diwakili lima peguam termasuk anaknya Danni pula memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh memberikan kerjasama yang baik dengan hadir ke mahkamah pada pagi ini walaupun lewat dimaklumkan pada malam semalam.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 27 Okt depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved