Raja Muda Perlis rasmikan program CSR bilik ulang kaji MADI

14 Sep 2026 • 12:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Raja Muda Perlis rasmikan program CSR bilik ulang kaji MADI

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) inisiatif bilik ulang kaji di Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyah (MADI), baru-baru ini.

Sumbangan bernilai RM98,125 tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR menerusi agihan zakat yang dilaksanakan oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Menyambut keberangkatan baginda ialah Pengerusi Lembaga MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azizi Mustafa: Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor serta Pengetua MADI, Zulhilmi Rasid bersama warga sekolah.

Majlis perasmian di MADI berkenaan dianjurkan bersempena rangkaian lawatan turun padang MAIPs bersama kepimpinan MIDF ke beberapa lokasi strategik, institusi pendidikan serta projek kemasyarakatan di seluruh Perlis.

Selain perasmian di MADI, delegasi lawatan MAIPs dan MIDF turut singgah di Al-Madrasah At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) dan Masjid Sirajuddin Padang Pauh bagi meninjau perkembangan serta keperluan institusi pendidikan dan keagamaan setempat.

Siri lawatan itu diteruskan dengan penyerahan sebuah rumah kediaman hasil sumbangan MIDF di Batu 20, Kok Mak sebagai usaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan golongan memerlukan.

Program berkenaan diakhiri dengan kunjungan ke Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis bagi meninjau cadangan pelaksanaan serta impak kerjasama sumbangan CSR MIDF dalam membangunkan kawasan tersebut.

Kerjasama berterusan antara MAIPs dan MIDF membuktikan komitmen utuh kedua-dua pihak dalam memperkasakan prasarana pendidikan Islam serta memacu pembangunan sosioekonomi masyarakat di Perlis secara inklusif.-UTUSAN

The post Raja Muda Perlis rasmikan program CSR bilik ulang kaji MADI appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved