Diserang merah bagak di perairan Terengganu

3 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Diserang merah bagak di perairan Terengganu

PETANG Jumaat lalu, bertempat di Jeti Kampung Raja Kuala Besut Terengganu, bot Pak Abu mula membelah ombak pada pukul 4 petang menuju ke kawasan sotong untuk mendapatkan umpan utama ikan merah.

Selepas tiga jam perjalanan, kami tiba di lokasi. Di situ, sepanjang malam hingga ke subuh kami mencandat sotong.

Selepas sarapan, baru tekong bergerak ke lubuk memancing ikan merah yang terletak dalam enam jam perjalanan.

Sebaik tiba, masing-masing bergegas menurun umpan sotong segar. Ikan kerapu membuka bicara dan selepas itu beberapa ikan spesies demersal seperti kerapu bara, kaci dan jenahak muncul.

Ikan merah yang diketahui hidup dalam satu kumpulan besar masih belum menampakkan diri.

Namun kami masih bersabar kerana tahu, apabila masuk ke lubuk, pasti kami akan bergasak dengannya.

Hampir pukul 4 petang, hanya ikan spesies lain yang kami dapat.

Lantas, tekong berpindah ke kawasan karang luas untuk bersauh dan meman­cing menggunakan kaedah pancingan dasar dengan berperambut panjang dua depa.

Image from: Diserang merah bagak di perairan Terengganu
Rata-rata saiz ikan merah yang kami dapat ketika trip.

Rupa-rupanya, ikan merah mahukan perambut yang panjang, mungkin hirisan sotong kelihatan lebih menarik ketika dibuai arus laut menyebabkan ia lebih berselera. Di sini barulah kami mula menaikkan ikan merah bertalu-talu.

Jangan terlepas
Benar seperti apa yang pemancing berpengalaman pernah nasihatkan: “Jika memancing ikan merah, jangan sesekali bagi tali terputus atau ikan terlucut, kelak ikan yang terlepas itu akan memberitahu kawanannya di dasar dan semuanya akan cabut lari.”

Selepas beberapa ekor ikan merah terlepas, terus kawanannya menghilang.

Namun, kami tidak merasa ralat kerana lubuk itu masih menghasil tangkapan ikan spesies lain yang tidak kurang berkualiti dan bersaiz kasar seperti jenahak, siakap merah dan kerapu boron.

Keesokan hari, kami berpindah bebera­­pa lubuk dan ikan tenggiri, ketambak, ebek, yu kemejan serta kerapu pisang ditambah dalam senarai hasil tangkapan.

Menariknya, kami masih mendapat ikan merah, cuma bukanlah berpesta seperti pada hari kedua.

Ia hanya muncul sekali-sekala dan saiznya juga kecil, namun tetap rezeki buat keluarga di rumah.

Pada pukul 7 malam hari ketiga meru­pakan waktu terakhir untuk memancing, sebelum bot mula bergerak pulang sehinggalah tiba di jeti sekitar 4 pagi.

Kami berasa sangat puas hati dengan hasil trip dan berharap dapat mengulang bergasak dengan ikan merah di trip yang akan datang nanti.

The post Diserang merah bagak di perairan Terengganu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved