Sejak lewat petang tadi (30 Oktober) tular di media sosial rakaman satu insiden seorang pemandu kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah kawasan lot kedai dipercayai di Taman Pulai Utama, Skudai berdekatan Taman Universiti.
Menerusi rakaman berdurasi 23 saat yang tular di Facebok dan TikTok itu, awalnya dapat dilihat penunggang motosikal berkenaan sudah pun jatuh bersama motornya dengan kaki yang sudah terkulai dipercayai patah.
Sempat undur kenderaan sebelum rem minyak dan langgar penunggang motosikal
Namun pemandu kereta Proton Saga hitam terbabit yang berada di hadapannya secara perlahan mengundurkan kenderaan sebelum tiba-tiba menekan minyak sehingga enjin mengaum lalu melanggar lelaki terbabit.
Tindakan tersebut menyebabkan orang awam mula meluru dan cuba menghentikannya sebelum datang sebuah Perodua Axia yang menghimpit kereta terbabit dipercayai sebagai cubaan untuk menghalang pemandu berkenaan.
Kelihatan seorang wanita dipercayai isteri kepada mangsa kemudian mengejar dan cuba membuka pintu penumpang sebelah pemandu Proton Saga itu namun usahanya gagal apabila pemandu meninggalkan tempat terbabit.
Siap sebut”pergi balai”, orang ramai mahu polis ambil tindakan tegas
Apa yang mencuri perhatian pemandu berkenaaan sempat menyebut “pergi balai” kepada orang ramai yang berada di situ sebelum berlalu pergi.
Penularan video tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat dan menahan pemandu Proton Saga itu.
Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan bilakah insiden tersebut berlaku dan apakah keadaan terkini penunggang motosikal terbabit.
View this post on Instagram
Tidak berperikemanusiaan dan satu cubaan bunuh – Netizen
Majoriti netizen menyifatkan ia bukanlah satu kemalangan sebaliknya perbuatan itu disengajakan serta dan boleh dikategorikan sebagai satu cubaan membunuh.
Malah segelintir menegaskan apa sahaja punca yang mencetuskan insiden tersebut bukat tiket untuk lelaki terbabit berbuat demikian kerana perbuatannya merempuh penunggang motosikal tersebut yang sudah pun terjatuh dan tercedera adalah keterlaluan serta melanggar undang-undang.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa berhubung isu ini.

![Rakaman Proton Saga Langgar Penunggang Motosikal, Siap Sebut ‘Pergi Balai’ Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/saga-langgar-motosikal-johor-skudai-taman-universiti.jpg)


![[VIDEO] Langgar penunggang motosikal, pemandu pesan jumpa di balai](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-30-at-22.07.29-1024x731.jpeg)

![[VIDEO] Ingatkan pak cik kurier, rupanya ‘rembat’ parcel penghuni](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-30-at-3.29.29-PM-1024x607.jpeg)