![Image from: [VIDEO] Langgar penunggang motosikal, pemandu pesan jumpa di balai](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-30-at-22.07.29-1024x731.jpeg)
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang pemandu kereta jenis Proton Saga yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal di Taman Pulai Utama, di sini mengundang pelbagai reaksi pengguna di laman media sosial.
Ia selepas video berdurasi 23 saat itu tular di laman Facebook hari ini.
Berdasarkan video terbabit, kelihatan penunggang motosikal terjatuh dan disyaki patah kaki sebelum cuba dilanggar pemandu kereta berkenaan.
Sejurus itu, pemandu berkenaan melarikan diri sambil berpesan supaya mangsa berjumpanya di balai.
Susulan kejadian itu, orang ramai mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.
Setakat ini belum dapat dipastikan waktu kejadian, keadaan penunggang motosikal serta sama ada terdapat pihak lain yang mengalami kecederaan.-KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Langgar penunggang motosikal, pemandu pesan jumpa di balai appeared first on Kosmo Online.

![Rakaman Proton Saga Langgar Penunggang Motosikal, Siap Sebut ‘Pergi Balai’ Undang Kecaman [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/saga-langgar-motosikal-johor-skudai-taman-universiti.jpg?t=1793443939)



