Tiga ditahan susulan kejadian tular lelaki dirempuh sehingga patah kaki

31 Oct 2026 • 8:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga ditahan susulan kejadian tular lelaki dirempuh sehingga patah kaki

ISKANDAR PUTERI: Tiga individu ditahan polis susulan kejadian pergaduhan fizikal berpunca daripada perselisihan faham isu pinjaman wang di hadapan sebuah pasar raya di Taman Pulai Utama, Skudai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 6.38 petang.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu salah seorang individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Susulan kejadian itu, polis telah menahan tiga individu tempatan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 53 tahun bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga dan kini sedang giat mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Radin Ramlan, siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara pihak yang saling mengenali akibat perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang.

“Mangsa yang patah kaki kanan telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Ujian urin terhadap ketiga-tiga suspek mendapati mereka negatif dadah, selain semakan mengesahkan kesemuanya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Semalam, tular satu rakaman video memaparkan insiden seorang penunggang motosikal yang terjatuh dengan kaki kanannya terkulai dirempuh sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki.-UTUSAN

The post Tiga ditahan susulan kejadian tular lelaki dirempuh sehingga patah kaki appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved