Rakan ajar Amira Othman cara salam, cium tangan Fattah Amin waktu nikah

EntertainmentLifestyle
10 Sep 2025 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakan kepada penyanyi Amira Othman, Mohd Sayuti atau mesra disapa Yuti menjadi perhatian ramai apabila menunjukkan cara mencium tangan suami ketika majlis ijab dan kabul yang akan berlangsung pada 14 September ini.

Ajar salam cium tangan suami

Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan Yuti mencium tangan bakal suami Amira iaitu pelakon Fattah Amin dan sempat melakukan beberapa contoh cara bersalaman sebenar ketika majlis yang sering dilakukan oleh raja sehari.

image is not available

“Tengah ajar Kak Long macam mana salam yang sebenar untuk 14 September ini,” kata Yuti, baru-baru ini.

Dalam pada itu, gelagat Fattah turut mencuri tumpuan apabila seakan reda apabila tangannya dicium oleh seorang lelaki di hadapan bakal isterinya yang turut merakam kejadian tersebut.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Yuti dan ada juga yang berseloroh mendakwa penata rias itu cuba mengambil kesempatan dengan mencium tangan duda pujaan ramai itu.

Malah ada juga wargamaya memuji cara Amira Othman yang dilihat penuh beradab dan menghormati orang lain dengan tidak terkinja-kinja biarpun hari bahagianya semakin menghampiri.

Yuti ambil kesempatan

image is not available

Rilek je Amira tak menggedik

image is not available

Tengah bayang Amira cium tangan

image is not available

Terdahulu, teka-teki mengenai hubungan Fattah dan Amira akhirnya terjawab hari ini apabila mereka mengumumkan bakal bernikah Ahad ini.

Pengumuman dibuat pada majlis pelancaran video muzik rasmi single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir, di Imperial Lexis, pada Isnin lalu.

Sumber: TikTok thelikeyuti