Rakyat Australia dapat RM2,896 jika serah senjata api 

22 Aug 2026 • 6:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Australia dapat RM2,896 jika serah senjata api 

CANBERRA – Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) merangkumi Canberra akan menyertai program pembelian balik senjata api susulan insiden tembakan di Pantai Bondi pada Disember 2025, kata Perdana Menteri Anthony Albanese hari ini.

Albanese berkata, ACT bersetuju memperkenalkan skim berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan undang-undang senjata api Australia.

Kerajaan Persekutuan membentangkan rang undang-undang bagi skim berkenaan pada Januari lepas selepas 15 orang terbunuh dalam perayaan Yahudi di Pantai Bondi, Sydney pada 14 Disember tahun lalu.

Ia  merupakan insiden tembakan yang meragut paling  banyak nyawa di Australia sejak 1996.

Kerajaan ACT pada mulanya menyatakan komitmen untuk menyertai skim itu, namun masih dalam rundingan dengan kerajaan persekutuan mengenai kaedah pembiayaannya.

Di bawah perjanjian akhir, Kerajaan Persekutuan akan membiayai 75 peratus kos pembelian balik dan pentadbiran, serta 100 peratus kos pelupusan senjata api.

“Reformasi senjata api kebangsaan penting untuk memastikan serangan pengganas seperti yang kita lihat di Pantai Bondi tidak berulang ,” kata Albanese.

Perkembangan itu menjadikan ACT wilayah kedua daripada lapan negeri dan wilayah di Australia yang menyertai skim tersebut, selepas  New South Wales (NSW) berbuat demikian awal bulan ini.

Albanese berkata, ketika ini terdapat kira-kira 23,000 senjata api di ACT dengan lebih 7,000 individu memiliki lesen senjata api.

Kerajaan NSW memaklumkan akan membayar sehingga AUD1,000 (RM2,896)  bagi senjata api bernilai yang diserahkan bermula 2  November ini, manakala  fasa kedua bermula awal 2027. – BERNAMA/XINHUA

The post Rakyat Australia dapat RM2,896 jika serah senjata api  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved