Rakyat Malaysia ditahan kemuka dokumen palsu masuk Thailand

1 Sep 2026 • 8:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rakyat Malaysia ditahan kemuka dokumen palsu masuk Thailand

SONGKHLA (THAILAND): Pihak berkuasa Thailand menahan seorang rakyat Malaysia selepas terdapat percanggahan berkaitan dokumen kenderaan yang dipandunya dalam satu pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kastam Padang Besar di Sadao, kelmarin.

Komander Kompeni Infantri ke-5021 Tentera Thailand, Kapten Nitiphan Chanrasmi berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam setelah gagal memberi penjelasan memuaskan berkenaan pemilikan kenderaan dipandunya.

Katanya, anggota tentera bekerjasama dengan Kastam Padang Besar melakukan pemeriksaan lebih ketat susulan jumlah kemasukan pelancong Malaysia yang meningkat sempena cuti hujung minggu.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemukan sebuah Toyota Fortuner putih dengan plat palsu dipandu seorang lelaki rakyat Malaysia.

“Pas sempadan menyenaraikan nama lelaki itu tetapi berlaku percanggahan mencurigakan terhadap dokumen pemilikan serta surat kebenaran kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Nitiphan berkata, semasa ditahan lelaki berkenaan enggan membuka but belakang kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

Katanya, pihak berkuasa kemudian menggunakan peruntukan undang-undang untuk melakukan pemeriksaan sebelum membawa suspek ke Balai Polis Padang Besar untuk siasatan lanjut.

“Antara barang yang dirampas dalam operasi itu ialah sebuah Toyota Fortuner, satu pas sempadan, satu penyekat isyarat GPS G9 Pro dan nombor manifes kargo khas.

“Suspek akan dituduh mengemukakan dokumen yang salah berkaitan pengimportan barang tanpa kebenaran mengikut Akta Kastam serta kesalahan mengimport peralatan komunikasi radio tanpa kebenaran mengikut Akta Komunikasi Radio B.E. 2498 (1955),” ujarnya.

Menurut beliau, pihak berkuasa juga meneruskan siasatan selepas mengesyaki Toyota Fortuner itu adalah kenderaan curi yang cuba diseludup ke Thailand. – UTUSAN

The post Rakyat Malaysia ditahan kemuka dokumen palsu masuk Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved