Rakyat Malaysia maut ketika selam skuba di Bali

17 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Rakyat Malaysia maut ketika selam skuba di Bali

SHAH ALAM, 17 SEPT: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut ketika melakukan aktiviti selam skuba di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Bali, Indonesia, semalam.

Mangsa berusia 40 tahun dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan.

Memetik laporan media tempatan BaliNews, mangsa memulakan aktiviti rekreasi itu bersama seorang juruselam, kapten bot dan beberapa penyelam lain di sekitar perairan berkenaan bermula jam 8 pagi.

Tanda awal masalah kesihatan mangsa dilaporkan disedari juruselam, Eugenius Franciso Ray, 33, ketika mereka tiba di lokasi selaman pertama di Manta Bay.

Juruselam terbabit dilaporkan melihat mangsa batuk sebelum bertanyakan tahap kesihatannya, namun mangsa menegaskan masih mampu meneruskan aktiviti sehingga selaman di Manta Bay selesai.

“Ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi selaman seterusnya di Crystal Bay, mangsa sekali lagi ditanya berkenaan keadaan kesihatannya, namun tetap mahu menyertai aktiviti selaman di situ,” lapor portal berkenaan yang memetik sumber, lapor Berita Harian.

Keadaan dilaporkan bertukar cemas setibanya kumpulan berkenaan di Crystal Bay apabila mereka berdepan arus laut yang sangat kuat.

Situasi itu menyebabkan tiga daripada penyelam terbabit dihanyutkan sebelum mangsa kemudiannya dilaporkan meninggal dunia.

Berita mengenai kejadian berkenaan mula tular di Malaysia selepas dimuat naik seorang pengguna di platform media sosial Threads.

Sementara itu, keluarga mangsa yang dihubungi setakat ini enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana masih terkejut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved