Rakyat Negeri Sembilan terlalu rindu nak BN kembali memerintah – Ahmad Zahid

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 9:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rakyat di Negeri Sembilan dikatakan semakin merindui Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui pentadbiran negeri itu.

Rindu pemerintahan Barisan Nasional

Image from: Rakyat Negeri Sembilan terlalu rindu nak BN kembali memerintah – Ahmad Zahid

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepanjang pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar daripada BN sebelum ini telah mendatangkan pelbagai kemajuan yang berjaya dicapai.

“Kita ucapkan tahniah Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) dahulu adalah di antara negeri yang termaju di negara ini, begitu juga pemimpin BN yang jadi Menteri Besar sebelum itu telah membawa kemajuan kepada Negeri Sembilan.
“Wahai jentera BN, rakyat sedang rindu kepada BN untuk kembali memerintah. Rakyat terlalu rindu kepada BN, balaslah kerinduan itu dengan bekerja dan memberikan harapan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan serta Pengumuman Calon di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada malam Rabu.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut melahirkan keyakinan bahawa negeri-negeri yang ditadbir BN mampu muncul sebagai antara negeri paling maju, sekali gus menjadi faktor penting untuk rakyat kembali memberikan mandat kepada parti itu.

Menurut beliau, sekiranya BN diberi peluang mentadbir semula Negeri Sembilan, asas pembangunan yang pernah diwujudkan akan diteruskan dan diperkukuhkan.

“Kita mesti pastikan Negeri Sembilan kembali dipimpin oleh sebuah kerajaan yang lebih berwibawa, berpengalaman, diyakini rakyat dan mampu melangkah lebih jauh.
“Ini bukan masanya untuk kita berperang sesama sendiri. Ini bukan masanya untuk kita berpecah belah. Hari ini maruah kita menjadi taruhan. Hari ini masa depan BN sedang dipertaruhkan,” jelasnya.

Artikel lain: UMNO tiada hasrat nak jadi pembangkang di Negeri Sembilan – Ahmad Zahid

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh jentera dan ahli parti supaya menerima dengan hati terbuka senarai calon yang diumumkan bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“Saya tahu ada yang kecil hati dengan Tok Mat, Tok Jalal, ramai kecil hati kepada saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi harapan 100 peratus.
“Yang kita pilih bukan calon yang kita sukai saja. Yang kita pilih ialah calon BN, calon yang mewakili parti kita, calon yang akan menangkan BN di Negeri Sembilan,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved