Pemilik Terkejut Lihat Rumah Sewa ‘Musnah Teruk’ Angkara Penyewa

9 Jan 2025 • 5:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemilik Terkejut Lihat Rumah Sewa ‘Musnah Teruk’ Angkara Penyewa

Seorang pemilik rumah terkejut apabila mendapati pangsapuri miliknya yang disewakan sejak dua tahun lalu telah bertukar menjadi “reban ayam”.

Difahamkan, rumah sewa itu ‘musnah teruk’, dan mengalami kerosakan teruk sehingga sukar dibaiki.

Insiden malang ini menimpa seorang lelaki di China, yang menyedari hal tersebut hanya selepas jiran-jiran ‘mengadu’ bunyi pelik dan bau busuk yang datang dari unit rumahnya.

Selama dua tahun, beliau tidak pernah memeriksa keadaan rumah kerana penyewa sentiasa membayar sewa tepat pada waktunya.

Namun, apabila dia akhirnya memeriksa rumah tersebut bulan lalu, dia mendapati rumah terbabit ‘dipenuhi’ ayam hidup yang berkeliaran di mana-mana.

“Bau busuk sangat menyengat. Lantai dan dinding rosak teruk.

“Pangsapuri ini memerlukan pembaikan menyeluruh dan perlu dihias semula sebelum boleh didiami,” kata pemilik rumah yang enggan namanya didedahkan, lapor Dianshi News.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila hasil sewa yang diterima selama ini tidak mencukupi untuk menampung kos pembaikan yang diperlukan.

“Saya sangat sedih melihat rumah yang saya hias dengan penuh usaha musnah seperti ini pada kali pertama ia disewakan,” tambah pemilik rumah itu, yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.