Rakyat sudah banyak kali ‘kena scam’ dengan ahli politik

Politics
15 Aug 2026 • 10:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rakyat sudah banyak kali ‘kena scam’ dengan ahli politik

MELAKA: Rakyat semakin sukar untuk mempercayai ahli politik selepas berulang kali disajikan dengan janji perubahan yang akhirnya tidak diterjemahkan apabila memperoleh kuasa.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat kecewa dan semakin berhati-hati untuk memberikan kepercayaan kepada ahli politik.

Katanya, ketika berada di luar kerajaan, ahli politik lantang memperjuangkan perubahan, namun apabila diberikan kuasa, perubahan yang dijanjikan tidak kelihatan.

“Orang tengok kita orang politik ini banyak bercakap dan slogannya hebat-hebat, janjinya hebat-hebat. Bila bercakap nak buat perubahan memang cukup mengagumkan, tapi bila ada kuasa perubahan itu tidak kelihatan.

“Itu yang buat orang frustrasi. Bila dah ada kuasa, macam-macam alasan dia boleh bagi. Bila tak ada kuasa, wah, dialah pejuang perubahan.

“Tapi berjuang ini bukan waktu pembangkang sahaja. Jadi kerajaan pun kena berjuang, kena buat waktu ada kuasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Bersama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sini hari ini.

Nik Nazmi berkata, rakyat sebenarnya masih mahu memberikan peluang kepada pemimpin politik, namun kepercayaan itu perlu dibina semula menerusi keikhlasan dan kesungguhan dalam berkhidmat.

Katanya, rakyat Malaysia secara umumnya bersifat pemaaf dan bersedia memberikan peluang sekiranya dapat melihat keikhlasan seseorang pemimpin.

“People just want to believe again. Orang sebenarnya sangat pemaaf. Rakyat Malaysia ini, walaupun kadang-kadang kita tengok dekat Threads atau media sosial agak kasar komen-komen dia, tetapi secara umumnya mereka hanya nak dengar, nak tengok keikhlasan kita.

“Jadi anda kena bagi mereka percaya sekali lagi sebab orang Malaysia ini rasa dah banyak kali kena ‘scam’ dengan orang politik.

“Isunya orang tak nak kena ‘scam’ lagi. Tunjukkan keikhlasan tersebut sebab orang nak tengok satu negara yang mana mereka tengok wakil rakyat ini bekerja untuk mereka, bukan untuk nak kumpul kesenangan, nak jadi lagi senang, tak ada rasa amanah terhadap jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, atas sebab itu calon Bersama perlu bekerja lebih keras untuk mendekati pengundi dan membuktikan bahawa mereka mampu menawarkan pendekatan politik yang berbeza.

“Oleh itu, calon parti perlu turun ke lapangan, bertemu seramai mungkin pengundi dan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat, sebelum diberi mandat sebagai wakil rakyat,” katanya. – UTUSAN

The post Rakyat sudah banyak kali ‘kena scam’ dengan ahli politik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved