First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

Family & ParentingLifestyle
8 Jul 2026 • 11:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

Kalau ditanya siapa cinta pertama seorang anak perempuan, jawapannya mungkin sama bagi ramai orang. "Ayah".

Daripada kecil hingga dewasa. Ayahlah insan yang sentiasa berada di belakang, melindungi, membimbing dan memastikan anak perempuannya membesar dengan penuh kasih.

Anak perempuan mungkin bukanlah cinta pertama seorang ayah. Hakikatnya, dialah 'puteri kecil', intan payung dan permata hati yang paling sukar untuk dilepaskan.

Sebab itulah, bagi kebanyakan ayah, saat anak perempuan mula membesar dan berkawan, perasaan mereka sukar digambarkan dengan kata-kata.

Lebih-lebih lagi apabila tiba masanya ada lelaki yang mula ingin mendekati puteri kesayangan mereka.

"Bila first time bagitahu abah yang kita dah ada 'kawan'..."

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik menerusi Threads mencuri perhatian ramai apabila memaparkan gelagat seorang anak perempuan dengan ayahnya.

Dalam video itu, si anak dilihat cuba mengusik ayahnya dengan memberitahu bahawa dia kini sudah mempunyai "kawan".

Sama ada sekadar bergurau atau benar-benar ingin menyampaikan berita itu, hanya mereka yang tahu.

Pada awalnya, si ayah kelihatan begitu leka menatap telefon bimbitnya. Seolah-olah sibuk, tidak memberi perhatian kepada apa yang sedang diperkatakan anaknya.

Namun, sebaik sahaja mendengar perkataan "dah ada kawan", suasana terus berubah. Telefon yang dipegang terus ditutup, dan seluruh perhatian diberikan kepada si anak.

Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian
Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

Lebih lucu, si ayah sempat menyakat ayahnya sebelum kembali kepada 'mod serius'. Reaksinya membuatkan ramai tersenyum.

Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian
Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

Apa yang lebih mencuit hati ialah apabila si anak memaklumkan bahawa 'kawan' tersebut mahu datang berjumpa orang tuanya.

Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian
Image from: First Time Bagitahu, Reaksi Abah Bila Anak Dah Ada 'Kawan' Curi Perhatian

Seolah-olah si ayah sedang bergurau, namun dalam masa sama memberi 'amaran halus' kepada bakal jejaka yang ingin mengenali anak perempuannya.

"Comelnya..." - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengakui mereka terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Ada yang menyifatkan reaksi si ayah sangat comel, malah ada juga yang mengatakan mereka boleh merasai sendiri debaran seorang ayah hanya melalui riak wajahnya.

"Macam abah yang goyang tu..."

"Hahaha ololohhh abah pun. Kemain sengih tutup mulut. Gentle giler masa cakap 'silakan... jangan goyang'. Semoga abah sihat-sihat selalu ya. Abah saya dulu sikit lagi nak heart attack sebab tak ada angin tak ada ribut saya bagitahu, 'Mak, abah... lusa ada orang nak mari merisik.' Hahaha."

Tidak kurang juga yang mengakui mereka dapat 'merasai' emosi si ayah walaupun hanya melalui rakaman video yang singkat.

"The moment he flip his phone, I can feel his feeling through his eyes. Semoga dipermudahkan sis."

Ayah tetap ayah

Hakikatnya, begitulah seorang ayah.

Mungkin mereka bukan jenis yang pandai meluahkan kasih sayang dengan kata-kata. Jarang memeluk, jarang mengucapkan "sayang", malah ada yang lebih selesa bergurau daripada menunjukkan perasaan sebenar.

Namun, apabila tiba saat anak perempuan mula membesar dan membuka hati kepada orang lain, ketika itulah hati seorang ayah turut diuji.

Baca juga:

Dia tahu anaknya tidak akan selamanya berada di sisi. Dia tahu suatu hari nanti akan tiba masa untuk melepaskan anak kesayangannya membina kehidupan sendiri.

Tetapi sebagai seorang ayah, melepaskan tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah.

Mungkin sebab itulah ramai yang tersentuh menonton video ini.

Kerana walau sebesar mana pun anak perempuan itu membesar, di mata seorang ayah, dia tetap anak kecil yang suatu ketika dahulu pernah dipimpin tangannya ke sekolah, didukung ketika menangis dan menjadi penyeri dalam hidupnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved