Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

LocalCars
8 May 2026 • 12:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, sering kali kedengaran kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah.

Kadangkala, ia berpunca akibat sikap segelintir pemandu yang kurang peka dan seolah-olah tidak faham bahasa sehingga melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Sekumpulan Murid Tunggu Di Tepi Jalan Untuk Melintas

Semalam (7 Mei), tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya.

Menerusi video tular yang dikongsikan di Threads, kelihatan beberapa murid sedang menunggu lampu isyarat di bahagian kiri jalan untuk melintas di lintasan belang (zebra crossing) manakala beberapa individu lain sedang mengambil anak mereka di hadapan sekolah.

Pada ketika itu, lampu isyarat utama bertukar dari hijau menjadi kuning sebelum bertukar menjadi warna merah bagi memberi laluan kepada pelajar sekolah terbabit.

2 Pemandu Kereta Nampak Tak Sabar, 1 Cuba Bergerak Meskipun Murid Tengah Melintas Jalan

Apa yang menjadi perhatian adalah sebuah kereta berwarna perak (silver) dipercayai Honda City sebelum itu dilihat menukar lorong dan meneruskan perjalanan meskipun pengguna lain telah memberhentikan kereta.

Malah, sebuah kereta jenis Nissan X-Trail berwarna hitam dilihat turut memotong barisan kereta yang menunggu dan cuba untuk melalui jalan tersebut.

Namun, pada ketika itu dapat dilihat seorang pengawal keselamatan serta murid sedang melintas di lintasan zebra yang terdapat pada jalan terbabit.

Pemandu Nissan X-Trail tersebut kemudiannya memberhentikan kereta. Pun begitu, dia dilihat tetap cuba mahu menggerakkan kenderaannya ke hadapan ketika lampu masih merah meskipun tiada murid yang melintas.

Pemandu X-Trail Guna Lorong Bertentangan

Namun tindakannya itu dihalang oleh pengawal keselamatan berkenaan. Lebih mengejutkan, lorong yang digunakan oleh Nissan X-Trail tersebut merupakan laluan buat kenderaan yang datang dari arah bertentangan atau dalam bahasa mudahnya melawan arus.

Berdasarkan butiran yang terdapat pada rakaman CCTV terbabit, kejadian dipercayai berlaku pada 5 Mei lalu jam 1.39 petang.

Meskipun tiada lokasi dinyatakan, namun ia dipercayai berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Pengguna Dakwa Kejadian Berlaku Kali Kedua Ketika Waktu Puncak

Dakwa pengguna terbabit, kejadian sebegitu merupakan kali kedua berlaku di hadapan sekolah anaknya.

“Ini kejadian kali kedua ye dekat sekolah anak. Depan sekolah waktu kemuncak budak-budak balik.

“Bod*h tak ada kesedaran langsung jenis orang yang tak sabar. Dah nampak budak melintas pun kau nak juga lalu. Eee geram betul aku tengok. Elok la pihak sekolah buat report polis biar ko duduk dalam lokap,” kongsinya.

View on Threads

Ramai Kecam Tindakan Pemandu Kereta Tetap Juga Nak Lalu Ketika Murid Melintas

Perkongsian yang telah mendapat lebih 328,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pemandu Nissan X-Trail terbabit yang tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah bagi memberi laluan murid sedang melintas.

Malah, ada yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang bersikap sebegitu kerana perkara sebegini dikhuatiri boleh mengancam nyawa pelajar sekolah.

Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang berpendapat pengawal keselamatan terbabit seharusnya melintas terlebih dahulu dan memastikan keadaan selamat sebelum membenarkan pelajar untuk melintas.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Biadap & Kurang Ajar. Undang-Undang Kita Lemah Sebab Tu Ramai Yang Sesuka Hati Potong Que & Bawa Kenderaan Sesuka Hati”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

“Dapat Tak Nombor Plate Dia? Mahu Kena Saman Kaw Kaw, Nasib Guard Tegas Je”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

“Sepatutnya Guard Tu kena Pergi Dulu, Tahan, Baru Suruh Budak-Budak Tu Jalan”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

“Tolong Perlahankan Kenderaan Kalau Lalu Di Kawasan Sekolah”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

“Saya Tabik Penjaga Lalu Lintas, Tegas Jaga Keselematan Pelajar”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

“Kalau Kau Nak Cepat, Tak Payah Lalu Kawasan Sekolah, Lalu Jalan Lain, Kalau Dah Langgar Budak, Mulalah Mengaku Diri Tu OKU”

Image from: Ramai Geram Pemandu Kereta Cuba Langgar Lampu Isyarat & Nyaris Rempuh Pelajar Depan Sekolah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rider Motor Selamba Langgar Lampu Merah Hingga Rempuh Pelajar Sekolah Bikin Ramai Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rakaman Dashcam Pemandu Wanita Terlanggar Pelajar Sekolah Sedang Melintas Undang Pelbagai Reaksi [Video]